Tuesday 25 October 2011

Petua Tun Dr Mahathir

Artikel ni aku dapat dari email yang aku terima tahun lepas.
Cuma kali ni aku dah edit2 sikit la
mengikut mesej yang aku cuba nak sampaikan.
Yang penting entry aku kali ni takde kene mengena dengan 
isu politik, isu perkauman atau yang seangkatan dengannya.
Pandang dari sudut yang positif.
Mudah2an dapat buka minda kita semua.
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Siapa yang tak kenal beliau.
Bapa permodenan Malaysia.
Telah berjaya membawa perubahan besar kepada negara kita.
Berjaya mengeluarkan kereta berjenama sendiri
dari Proton Saga sehinggalah Gen-2 yang berenjin Campro.
Wujudnya Putrajaya dan Cyberjaya.
Begitu juga kejayaan rakyat Malaysia di zaman pemerintahannya.
Datuk Azhar Mansur mengelilingi dunia dengan kapal layar.
Datuk Malik Maidin berenang menyeberangi Selat Inggeris.
Ekspedisi Gunung Everest.
Terjun di Antartika
dan macam2 lagi.

Apakah rahsia beliau sehingga berjaya memotivasikan penduduk Malaysia
melakukan semua tu?
Kalau dulu sebelum merdeka
bangsa Melayu tak yakin dengan diri sendiri
sampai nak buat sebatang jarum pun tak mampu.
Tapi sekarang bukan setakat jarum
satelit pun dah ada yang jadi milik negara.
Apa rahsianya?
Ada 1 petua hebat daripada beliau.
Beliau percaya bangsa Melayu boleh berjaya
apabila mereka percaya mereka boleh berjaya.
Kata2 yang beliau sering ungkapkan
"Kita tak boleh berjaya jika kita mengatakan kita akan gagal."
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...