Saturday, 15 October 2011

Pusara Ibuku

Aku baru je sampai rumah.
Tadi aku ke Kajang jumpa bakal rakan niaga.
Asalnya aku nak bawa dia ke USJ Taipan pagi tadi
tapi dia minta aku kongsi peluang perniagaan ni kat Kajang je
dekat dengan tempat dia.
InsyaAllah Selasa malam ni akan turun USJ.
nak jumpa tenaga2 pengajar dalam Akademi katanya.
Sekarang aku kat rumah je.
Sementara nak tunggu kawan bank aku sampai
aku update la apa2 yang patut kat sini.
Dia nak datang collect dokumen.
Katanya kat Mardi tadi dah on the way ke sini.
Sekejap lagi sampai la tu.
Dalam pukul 3 nanti nak keluar lagi
bawa isteri dan anak jalan2.
Memang petang ni aku dah set masa untuk bersama keluarga je.

Cerita pasal pusara mak aku.
Alhamdulillah pagi tadi aku berkesempatan pergi ziarah pusaranya.
Aku berdua dengan kakak aku.
Dia dari Ampang dan aku dari Seri Kembangan.
Jumpa kat sana dalam pukul 7.30 pagi.
Inilah pusara arwah mak aku.
Disinilah jasad arwah mak aku disemadikan.
Dah 11 tahun arwah mak pergi.
Biasanya kami memang akan ke sini setiap hujung minggu
sama ada pagi Sabtu atau Ahad.
Setiap kali datang sini aku rasa insaf je.
Terkenang dosa2 aku kat arwah mak semasa hayat dia dulu.
Entah dia sempat maafkan aku ke tidak pun aku tah tahu.
Perginya secara mengejut
memang tak sangka sama sekali.
Allah lebih sayangkan dia.
Aku selalu terfikir
alangkah bertuahnya kalau aku yang pergi dulu sebelum mak.
atleast dosa2 aku kat dia pun dah tentu dia akan maafkan aku.
Tapi ni semua dah ketentuan Allah.
Aku redha.
Aku sentiasa doakan agar mak ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.
Biarpun jauh di mata, tapi mak sentiasa dekat di hati aku.
Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...