Aku yakin bila sebut je nama dia ramai yang dah tahu.
Kolonel Sanders
Pengasas Kentucky Fried Chicken
atau lebih dikenali sebagai KFC.
Restoran yang sangat terkenal di serata dunia.
Digemari oleh setiap lapisan masyarakat
tak kira tua muda miskin dan kaya.
Sebut je KFC semua orang dah terbayang ayam goreng dia.
Beliau lah yang mencipta resipi ayam goreng KFC ni.
Kolonel Sanders bersara pada usia 65 tahun.
Beliau sangat kecewa dan tidak berpuas hati dengan bayaran pencen yang diterimanya.
Namun beliau tidak menyalahkan sesiapa kerana itu adalah pilihannya sendiri.
Seterusnya beliau bercadang berniaga resipi ayam goreng di sebuah restoran
malangnya resipinya ditolak mentah2.
Beliau tidak berputus asa.
Beliau mencuba dan terus mencuba.
Kali ke 10 pun ditolak.
Kali ke 100 masih ditolak.
Kali ke 1,000 tetap ditolak.
Beliau masih belum berputus asa.
Baginya dia tidak gagal, cuma belum berjaya.
Dan akhirnya apabila bertemu dengan orang yang ke 1,009 baru lah resipinya diterima.
9 tahun kemudian perniagaan beliau sangat berjaya.
Kini rangkaian restoran KFC ada di merata dunia.
Itulah hasil dari kesabaran beliau yang tidak pernah berputus asa.
Tidak pernah berhenti dari mencuba.
Baginya
"Mereka yang berhenti tidak akan menang,
dan mereka yang menang tidak akan berhenti."
No comments:
Post a Comment