Thursday, 6 October 2011

Kenangan di Port Dickson


Ini gambar sebahagian dari rakan niaga aku.
Moving Up Seminar kat Port Dickson pada Mac 2010 yang lalu.
Seminar ni dianjurkan insan2 hebat dalam group aku dari Nilai.
Terima kasih Suzi, Amin, Ayu, Apai, Marina dan lain2.
Mereka bekerja keras siang malam untuk menjayakan seminar ni.
Mereka bertungkus lumus memastikan pengisiannya berkualiti.
Aku betul2 kagum dengan komitmen yang mereka berikan.
Ramai jugak yang datang.
Dari Pahang, Johor, Melaka, KL, Selangor dan N9.
Group aku ramai kat N9 terutamanya Nilai.
Hasil bimbingan dan usaha gigih trio hebat dari Nilai
DSM Nazrul, DSM Azwa dan DSM Suzi.










Seminar ni berlangsung selama 2 hari.
Aku ditugaskan jadi MC sepanjang seminar berlangsung.
Macam2 aktiviti yang kami lakukan.
Tapi secara peribadi aku amat teruja dengan aktiviti penutup
yang dikendalikan Suzi.
Ramai yang sampai menitiskan air mata.
Yang dah berkeluarga menangis.
Yang bujang pun menangis.
Lelaki dan perempuan sama je.
Lelaki yang selama ni habis macho pun meleleh jugak.
Mungkin duk kenangkan masa depan
masa depan anak2
masa depan keluarga.
Mungkin jugak terkenang kisah silam
susah payah mereka
susah payah kedua orang tua mereka
susah payah keluarga mereka.
Mungkin terbayang wajah anak2 kecil yang tiada ibubapa.
Mungkin juga terbayang wajah ibu atau ayah mereka yang telah pergi selamnya.
Wallahualam.
Pelbagai kemungkinan.
Hanya mereka yang tahu.
Tapi yang pasti
air mata yang mengalir tu bukan suatu lakonan.
Itulah air mata penyesalan di atas kelemahan dan alasan.
Itulah air mata perjuangan sang pejuang.
Air mata yang telah membakar semangat mereka untuk terus berusaha
berjuang menghadapi segala ujian dan cabaran.
Air mata yang terlalu berharga.

Aku hanya mampu berdoa.
Jangan sekali mereka lupa betapa berharganya air mata yang mengalir masa tu
dek kerana tak kuat menghadapi ujian yang Allah turunkan
dek kerana terlupa arah tujuan.
Mulai detik ini segalanya akan berubah.
Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Alang2 bersama Akademi Taipan, biar sampai jadi Jutawan. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...