Sunday 30 October 2011

Kuasa Matlamat

Alhamdulillah.
Aku baru balik dari Lot 10.
Bukan Lot 10 kat KL tu.
Ni Medan Selera Lot 10 kat Bangi.
Jumpa 2 orang rakan niaga yang dah lama tak jumpa.
Kini kembali bersedia untuk meneruskan perjuangan
kerana mereka telah mula terasa bahang kenaikan kos sara hidup sekarang.
Bagi mereka duit makan gaji je tak cukup.
Kena ada pendapatan tambahan.
Tahniah aku ucapkan.
Kejap lagi aku nak keluar balik ada temujanji kat Semenyih.
Dia jemput datang rumah dia je.
Kalau sempat aku nak jumpa Abg Din dan Kak Tini dulu kat USJ Taipan.
Nak ambil borang dana panel baru.

Cerita pasal kuasa matlamat.
Semua orang ada matlamat.
Bezanya mereka berusaha atau tak je untuk capai matlamat tu.
Kalau tak usaha jawabnya matlamat tu tinggal matlamat je la.
Impian takkan jadi kenyataan.
Mimpi takkan jadi realiti.

Aku sendiri ada matlamat, ada impian dan ada cita2.
Tapi tak perlu la nak cerita kat sini
sebab aku rasa lebih kurang sama je dengan orang lain
sama ada dari segi material atau bukan material.
Rakan2 niaga aku pun ramai yang ada matlamat masing2.
Matlamat sebenar mereka buat bisnes ni.
Macam2 matlamat la semua lebih kurang sama.
Cuma ada 1 yang agak pelik sikit.
Pelik bagi aku la tapi bukan bagi dia.
Rakan niaga aku Danny tu.
Antara matlamat utama dia nak tambah pendapatan sampingan
sebab nak beli lens kamera kesayangan dia.
Minggu lepas dia ajak pergi Sungai Wang tengok lens tu.
Makk aii lens je harga sampai RM35,000 tu.
Pelik betul aku.
Dengan RM35,000 tu macam2 benda lain aku boleh buat.
Tapi dah minat punya pasal dia peduli apa.
Yang dia tahu dia akan dapatkan jugak sebelum Mac 2012.
Rembat je Danz.
Aku tahu memang dia "hantu" kamera.
Sanggup turun KL waktu hujan tengah lebat semata2 nak ambil gambar waktu hujan.
Tak ke pelik namanya tu?
Cuma aku cakap kat dia rajin2 la tengok gambar lens tu.
Dengan geng2 aku yang lain aku cakap benda yang sama.
Tampal gambar apa yang diimpikan tu kat sebelah katil ke
atau kat mana2 yang senang nak tengok.
Hari2 tengok sebagai motivasi.
1 hari nanti mesti dapat jugak.
InsyaAllah.
Sama macam kisah kehidupan Conrad Hilton
tokoh lagenda dalam bidang perhotelan.
Kini ada cawangan hotel di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Semasa zaman kemelesetan ekonomi pada tahun 1929 dulu
perniagaan dia jatuh terjunam
sehingga keadaan kewangan dia sangat kritikal.
Hotelnya dilelong dan kedai dobinya dicagarkan.
Bahkan dia terpaksa pinjam duit budak security guard untuk beli makanan.
Sehinggalah 1 hari dia terlihat foto Hotel Waldorf
yang sangat gah masa tu dengan 6 dapur
200 orang tukang masak
500 orang pelayan
dan 2000 buah bilik.
Bersebelahan hospital dan landasan keretapi persendirian.
Beliau potong foto tu dan tulis di atasnya
"Best Of The Best".
Mula2 dia simpan foto tu dalam dompet je.
Kemudian dia simpan di bawah pelapik cermin mejanya.
Setiap kali dia tukar meja yang lebih besar
dia tetap letak foto tu kat bawah sisipan kaca meja.
18 tahun kemudian pada bulan Oktober 1949
Conrold Hilton telah berjaya membeli Hotel Waldorf.
Begitulah hebatnya kuasa matlamat.
Sasaran sangat jelas.
Fokus.


2 comments:

  1. Tetapkan matlamat.
    Apa pengorbanan yg perlu dilakukan.
    Lakukan pengorbanan selaras dgn matlamat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...